Tentang Saya

Assalamualaikum w.b.t

KursusMenaip.com dibangunkan bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat awam tentang kepentingan belajar menaip sentuh. Belajar menaip sentuh adalah satu teknik menaip tanpa melihat papan kekunci iaitu hanya dengan sentuhan jari.

Teknik ini sangat berguna bagi mereka yang mahu upgrade kemahiran diri dan keyakinan diri dalam menggunakan komputer.

Bayangkan berapa banyak masa yang anda dapat jimatkan dalam hidup anda, apabila anda dapat menaip cepat, pantas dan tepat.

Dahulu, saya pun tidak pandai menaip. Terpaksa mencari dan melihat huruf pada papan kekunci.

Hingga suatu hari, saya tekad untuk belajar menaip sewaktu saya cuti semester di UPM dahulu.

Dalam sebulan saya berlatih, akhirnya saya dapat kuasai teknik menaip ini dan saya berjaya temui satu kaedah cepat untuk belajar menaip pantas.

Kaedah tersebut hanya memerlukan 5 minit untuk anda menghafal huruf pada papan kekunci. Apabila anda dapat hafal huruf tersebut, pelajaran seterusnya akan jadi lebih mudah. 🙂

Sebagai seorang penulis buku dan sebagai seorang yang belajar separuh masa, saya dapat menaip dan menyiapkan kerja saya dengan cepat sekali. Banyak masa saya dapat dijimatkan.

Anda juga boleh jadi seperti saya. Hanya berlatih 30 minit setiap hari dan dalam 14 hari, insyaAllah anda akan lihat hasilnya.

Semua ilmu teknik menaip sentuh saya kongsikan di dalam blog ini.  Semoga ramai yang mendapat manfaatnya.

Sila share info blog ini dengan rakan-rakan anda. Semoga lebih ramai yang dapat saya bantu untuk belajar menaip pantas tanpa melihat papan kekunci.

Seterusnya, ilmu ini diharap dapat menjadi saham akhirat saya apabila anda dapat gunakan ilmu dan kemahiran ini sepanjang hidup anda kelak.

Salam kejayaan!

Mohd Zulfadhli Abd Nasir

admin@kursusmenaip.com

013 2227394

“Blog ini adalah blog tidak bersumber keuntungan. Ia adalah percuma untuk semua. Sekiranya anda ingin menyumbang kepada penulis dan juga pembangunan blog ini (sewa hosting dan maintenance), anda boleh hulurkan sumbangan ikhlas anda kepada akaun penulis, Mohd Zulfadhli Abd Nasir (Maybank 153104184701). Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.”