Selamat Datang ke Laman Belajar Menaip Percuma!

Mahasiswa IPTA/IPTS?– anda boleh siapkan assignment anda lebih mudah dan cepat. Anda mempunyai softskill baru yang tidak diajar dan tidak dapat diperoleh di dalam dewan kuliah.

Bakal Graduan/ Pencari Kerja?– masukkan kemahiran menaip pantas dalam CV / resume anda. Sudah pasti anda dapat bersaing dengan ribuan pencari kerja yang lain. Kurangkan persaingan anda dan paling penting anda berjaya memikat hati bakal majikan anda!

Pengurus/CEO? – tingkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja di bawah anda dengan kemahiran komputer. Jimatkan masa mereka menaip supaya kerja dapat disiapkan lebih cepat dan tepat.

Blogger? – menulis dan update kandungan blog adalah kerja yang memenatkan. Masa anda lebih jimat sekarang!

Pensyarah/guru? – menyiapkan tugasan P&P dan maklumat pelajar kadangkala memakan masa anda. Inilah masanya anda tingkatkan kemahiran komputer anda supaya tugasan seharian anda lebih mudah dan lancar.

Ibu bapa? –Lengkapkan anak-anak anda dengan kemahiran komputer yang penting untuk masa hadapan mereka kelak.

Kakitangan awam dan swasta? – Saya yakin anda sudah tentu perlu mengambil ujian menaip bagi jawatan anda. Inilah masanya anda mula belajar, lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda mendapat hasilnya. 

Penulis? – benar, kemahiran menaip pantas amat penting bagi anda. Ini kerana anda tidak dapat lagi lari daripada menulis dan menaip menggunakan komputer. Anda perlu berfikir dan pada waktu yang sama anda perlu juga menaip. Kini tidak lagi, anda lebih bebas berfikir mencari idea tanpa halangan lagi.

Pelajar? – anda mempunyai tugasan yang menggunakan komputer? pelajari teknik menaip dan siapkan kerja sekolah/kerja kursus anda dengan lebih cepat dan mudah.

  • dapat menaip lebih pantas menggunakan 10 jari tangan berbanding anda menaip dengan hanya beberapa jari sahaja. Ya, bukankah menaip dengan 10 jari lebih pantas daripada hanya menggunakan beberapa jari sahaja?
  • kepantasan anda menaip semakin meningkat dan boleh mencapai sehingga 3 kali ganda daripada kepantasan anda menaip sekarang.
  • tidak perlu lagi menaip sambil anda melihat papan kekunci. Anda hanya perlu melihat skrin komputer sahaja selepas ini.
  • anda menaip dengan tepat dan lebih profesional.
  • anda dapat menyiapkan tugasan kerja anda lebih cepat dan pantas daripada sekarang. Bukan sahaja masa anda dapat dijimatkan tetapi anda mempunyai lebih masa untuk melakukan kerja penting lain yang anda inginkan.

“Rebut peluang keemasan anda untuk mempelajari teknik menaip pantas ini. Tiada apa yang anda rugikan kerana anda bakal memiliki kemahiran menaip pantas ini sepanjang hidup anda.”

Akhir kata, saya amat suka untuk kongsikan kebenaran kata-kata Pablo Crane di saat anda dapat menaip pantas dan pelbagai idea baru dan segar menerjah fikiran anda sebagaimana kata-kata beliau... "There came a moment when I realized that I was typing--without thinking that I was typing! From that instant on, my creativity soared like a condor, unchained from the burden of scratching parrot-like, upon my papers."
Pablo Crane
5/5